Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka Ke - 52!

Sudah 52 tahun negara kita merdeka..pasti kamu semua terbayang bagaimana orang tua zaman kini memperjuangkan kemerdekaan negara kita dahulu..betapa peritnya mereka untuk memerdekakan negara kita..tapi ape yang aku sedih skng nie x ramai yang betul2 menghayati nilai kemerdekaan..ape yang dorang taw bila merdeka ada cuti dan hiburan untuk mereka..idealogi dorang skng dah terbiasa sangat dengan hiburan..

Berubah lah wahai kaum melayu..aku sangat perlukan kekuatan orang melayu kita untuk mempertahankan negara kita nie..Tanah Melayu kita..tolong lah sedar ini tanah kita dan kita harus pertahankannya..Aku Percaya! bersepakatlah kamu untuk membentuk satu komuniti yang digeruni oleh kaum lain..kaum lain akan takut kalau kita orang melayu sepakat sesama sendiri..Aku Percaya!

papepon aku harap korang semua x lupe bangsa kita..jangan gadaikan maruah tanah air kita dan janganlah kita bergaduh sesama kita walau dalam politik sekalipon kerana kita adalah kita..kita orang melayu kena jaga ini tanah melayu..kalau kita lalai kaum cina dan kaum india akan amik alih negara kita nie..Aku Percaya! Selamat menyambut HAri Merdeka Ke-52! semoga Malaysia terus maju dan aman hendaknya..amin

Saturday, August 29, 2009

Kemenangan Milik Man Utd!!

Keputusan Penuh perlawanan antara man utd vs arsenal berkesudahan man utd menang 2 - 0..perlawanan yang sangat mendebarkan beb!! ada orang ckp man utd mng sbb luck?? biasa la 2 bila dah kalah semua benda leh buat dengki beb! hahaha...terima kasih kepada diaby kerana menjaringkan jaringan sendiri..Aku sangat menghargainya..terbukti man utd masih ada lagi UMPHHH!! Yeahh!! boleh la aku tido ngan lena mlm nie...hahahaha...pape pon..selamat beramal..turut simpati ngan peminat arsenal..huhuhu..jumpe lg di stadium amirates!

3 Hari yang Kelam...

tidak ku sangka selama 3 hari nie aku hidup dalam keadaan kesejukan..x penah2 aku nek moto leh sejuk..nampaknye Allah maha kuasa..3 hari dari ari rabu lepas Penang berada dalam keadaan hujan sentiasa masa..alhamdulillah..best beb hujan walaupun agak lumpy..ang penting best bulan pose asyik hujan jer..haha..pape pon selamat berpuasa!! yeahh...malam nie Manchester United Vs Arsenal..Who will win? result after this...hope man u win man!! GLORY MANCHESTER UNITED!

Thursday, August 27, 2009

Kungfu Cyborg...



Salam..ramai yang tertanya2 best sangat ker filem kungfu cina yang di anggap sebagai transformers cina nie?? kalau korang semua pergi ke cinema nak pergi tgok filem nie mesti korang beranggapan yang filem nie penuh dengan aksi yang menarik seperti filem2 kungfu sebelum nie kan?? tapi anggapan anda meleset sekali..cerita nie bagi aku hanya biasa jer..

aku ingatkan best sangat la sampai leh buat aku teruja tapi hampeh gak cam ak tgok cite the screen..cite nie macam filem aksi tapi sebenarnya lebih kepada filem cinta manusia dan robot..mmg x leh bla..percintaan antara k1 dengan sou mei? haha lawak2..aku suka denan ayat2 nie.." manusia diciptakan oleh tuhan dan robot diciptakan oleh manusia..jika manusia boleh mencurigai tuhan kenapa tidak robot juga boleh mencurigai manusia? " ha renung2kan dan selamat beramal di bulan puasa..hehe..

Friday, August 21, 2009

movie yang paling aku x paham!!!








tersebut al kisah tanggal 19.08.2009 aku telah pergi ke sunway piramid..dengan x tersengaja nak tgok cite hantu so aku pon tgok la cite thailand yang dianggap best pada mulanya iaitu " THE SCREEN "...tapi malangnya memang x berbau..aku memang x paham langsung ngan cite nie weiii..penat aku fikir punya fikir..ingatkan seram la sangat la padahal x best langsung!! kecewa aku sebab membazir tgok filem yang x berkualiti nie..timbul persoalan kar fikiran aku camner filem camnie leh masuk ditayang di dalam negara nita nie?? padahal filem negara kita yang betul2 berkualiti pon x lepas kat luar negara...macam la filem dorang 2 bagus2 sangat..so aku harap korang semua dapat suport filem malaysia kita k...yeahHHH!!

kejutan daripada ustaz??






perkataan mula2 yang kleluar dari mulut aku bile terbaca artikel 2 ialah " macam sial "...korang nak taw ape yang aku baca?? perkahwinan antara USTAZ akil hayy dengan isteri terbarunya iaitu WAHEEDA!! hahaha..siot jerk cakap kat mahkamah " ana tiada pape pon hubungan ngan waheeda" padahal dalam diam drg dah bercinta dan kontroversi ini menyebabkan perkahwinan ustaz sebelum ini roboh...ish2..harap jerk ustaz tapi perangai sama jer..bek x payah nak mengajar orng len..nie pendapat aku jerk..hehe..papepon selamt pengantin bru la yerr.....hehe..

Monday, August 17, 2009

H1n1 boleh menyebabkan 28 000 rakyat malaysia mati???





mungkin korang semua tahu pasal virus yang melanda satu dunia sekarang nie kan?? aku harap korang semua dapat berhati - hati dengan virus yang mengancam negara kita dan dunia kita sekarang nie..tolong pakai mask cos skng nie adalah waktu yang kerajaan tengah peertimbangkan untuk gunakan darurat kesihatan..kat cnie aku ada ckit maklumat mengenai h1n1 untuk korang semua..

Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.

Pengelasan
Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan sama ada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai jenis genus kecil virus influenza A

[sunting] Bagaimana ia menjangkiti manusia
Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom

Simptom utama bagi selesema babi pada manusia.[14]Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .