Showing posts with label the great. Show all posts
Showing posts with label the great. Show all posts

Monday, February 23, 2009

Van Der Sar TerBaik!!


MUSIM lalu Cristiano Ronaldo menjadi tonggak utama Manchester United membantu pasukan The Red Devils merangkul gelaran Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah tetapi pada musim ini watak hero itu seakan menjadi milik penjaga gawang utama pasukan itu, Edwin van der Sar.

Penjaga gol dari Belanda itu yang memiliki ketinggian 1.97 meter terus mencuri tumpuan musim ini dengan mencatat rekod baru dalam liga di Britain selepas beraksi tanpa bolos sepanjang 13 perlawanan atau 1,212 minit, memadam rekod lama milik penjaga gol, Chris Woods 1,196 minit.

Bekas penjaga gol Juventus dan Fulham itu sekarang ini dalam buruan untuk memecah rekod dunia yang dipegang Abel Resino, 1,275 minit, bermakna dalam perlawanan menentang Fulham Rabu depan dia perlu mengawal gawangnya agar tidak bolos sekurang-kurangnya sehingga minit ke-64.

Van der Sar yang berusia 38 tahun berasal dari Voorhout, Belanda dan memulakan karier seniornya bersama pasukan Ajax Armsterdam dari 1990 hingga 1999, sebelum berhijrah ke Juventus dia membantu Ajax memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada 1995.

Selepas beraksi sebanyak 66 kali di Liga Itali tempatnya selaku penjaga gawang nombor satu Juventus terlepas ke tangan Gianluigi Buffon dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke EPL bersama Fulham pada 2001 hingga 2005.

Bersama Fulham Van der Sar bermain sebanyak 127 kali sebelum dipancing United pada 1 Jun 2005 dengan jumlah perpindahan sebenar tidak dinyatakan, sepanjang beraksi bersama The Red Devils, Sir Alex Ferguson pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Van Der Sar merupakan penjaga terbaik yang pernah dimiliki United selepas Peter Schmeichel.

Bagaimanapun Van Der Sar sebenarnya sudah lali dengan rekod yang dicatatkannya sebelum ini, antaranya dia berjaya memecah rekod sebagai penjaga gol pertama yang bukan dari Itali beraksi untuk Juve, sementara di peringkat antarabangsa pula dia berjaya mencatat rekod sebagai pemain yang paling banyak mewakili pasukan kebangsaan Belanda iaitu 130 kali memadam rekod lama yang dicipta Frank De Boer.

Jika anda masih ingat Van Der Sar merupakan pemain terbaik perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu ketika United bertemu Chelsea dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat pada masa sebenar, Anelka gagal menyepak kemas untuk membolehkan penjaga gol yang memakai jersi nombor satu itu menjulang United bagi kejuaraan kedua selepas EPL.

Ramai juga yang tidak sedar bahawa Van Der Sar merupakan penjaga gol yang hebat menerusi penentuan sepakan penalti, ia pernah dibuktikan sebelum ini dalam kejohanan Euro 1996, Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 apabila Van Der Sar berjaya membantu Belanda menang dalam aksi sepakan penalti.

Berbicara mengenai penjaga gol dalam EPL, sejak kebelakangan ini kita dapat lihat tugas menjaga gawang ini memainkan peranan yang cukup besar untuk membantu pasukan beraksi cemerlang serta muncul juara liga seperti mana yang telah dibuktikan oleh Petr Cech bersama Chelsea.

Namun prestasi Chelsea yang semakin merudum sedikit tidak menggugat kehebatan Cech untuk membuktikan dia antara penjaga gol terbaik di dalam EPL musim ini selepas Van der Sar apabila membantu pasukan The Blues yang hanya bolos sebanyak 15 kali dalam 25 perlawanan.

Penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina pula boleh dikelaskan sebagai penjaga gol ketiga terbaik setakat ini dalam EPL dengan hanya melepaskan 17 gol untuk membantu Liverpool memberi tekanan ke atas United di tangga kedua.

Walaupun berada di tangga ke-10 liga setakat ini, Fulham harus berbangga kerana mereka merupakan pasukan yang keempat paling sedikit bolos hasil kecekapan penjaga gol Australia, Mark Schwarzer serta bersama barisan pertahanan yang mantap.

Kehebatan keempat-empat penjaga gol ini dilihat satu malapetaka buat pasukan kebangsaan England, ini kerana antara lima penjaga gol yang kurang bolos dalam EPL bukanlah berasal dari England.

Di mana kedudukan David James, Paul Robinson, Scott Carson, Chris Kirkland, Robert Green dan Joe Hart bakal pewaris penjaga gol legenda England seperti Gordon Banks dan Peter Shilton.

James misalnya antara penjaga gol England yang paling senior gagal untuk membantu pasukannya, Portsmouth untuk berada dikedudukan yang selesa di dalam liga apabila penyandang juara Piala FA itu berada ditangga ke-16 dengan memboloskan gol sebanyak 41.

Sementara itu, Robinson yang mewakili England sebanyak 41 kali tidak jauh bezanya dengan James apabila gagal untuk membantu Blackburn Rovers keluar dari zon penyingkiran dengan berada ditangga ke-18 liga termasuk bolos sebanyak 41 kali.

Lebih teruk dari itu Carson yang diberi peluang oleh pengurus England, Fabio Capello untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa menentang Switzerland tahun lalu muncul sebagai penjaga gol yang paling banyak bolos selepas 25 perlawanan, setakat ini sahaja dia sudah melepaskan 47 gol dan barisan pertahanan yang lemah bukan boleh menjadi alasan penurunan prestasinya.

Sementara itu Chris Kirkland, Robert Green dan Joe Hart boleh dianggap antara penjaga gol England yang berada dalam prestasi sederhana selepas 25 perlawanan liga walaupun membantu pasukan masing-masing, Wigan Athletic, West Ham United serta Manchester City berada di kelompok 10 terbaik.

Bagaimanapun penjaga gol England perlu berusaha lebih keras untuk menandingi kehebatan Van der Sar musim ini dengan menjadikan contoh tidak semua penjaga gol bertaraf antarabangsa ataupun yang pernah mewakili United dapat mencipta kegemilangan seperti yang dilakukan oleh Van der Sar mahupun Schmeichel.

Selepas Schmeichel mengambil keputusan untuk meninggalkan United pada 1999 sebaik sahaja United memenangi 'treble' juara liga, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah, Ferguson terpaksa mengerut dahi untuk mencari penjaga gol setanding pemain kelahiran Denmark itu.

Malah Ferguson pernah membuat pembelian pelik dengan mendapatkan penjaga gol yang boleh dikategorikan sebagai pelik iaitu Massimo Taibi dan Mark Bosnich tetapi prestasi mereka seperti mana yang sudah dijangkakan oleh peminat bola sepak antarabangsa, dalam masa yang sama penjaga gol Perancis, Fabien Barthez juga yang dibawa masuk Ferguson gagal untuk menyinar.

Raimond van der Gouw yang selama ini banyak menghabiskan masa dibangku simpanan untuk memberi ruang kepada Schmeichel juga gagal mengambil kesempatan di atas ketiadaan penjaga gol legenda United itu, malah gagal untuk bersaing dengan penjaga gol muda pada waktu itu 1999/2000, Roy Caroll serta Paul Rabchuka.

Selain Barthez, Taibi dan Bosnich antara penjaga gol yang gagal untuk menambat hati Ferguson ialah Ricardo, pemain dari Sepanyol itu bagaikan seperti melengkapkan senarai pemain pada musim 2002/2003.

Ferguson juga pernah mendapatkan penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howrd pada musim 2003/2004 tetapi Howard hanya menyinar pada awal musim sahaja dan selepas itu pada tahun 2005 barulah Van der Sar hadir memberi sinar baru buat posisi penjaga gol di United.

Saturday, February 21, 2009

Glory MancHesTer UniTed



Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia . Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bolasepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kedatangan didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan percubaan mengambil alih oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambil alihan kelab dan mengeluarkan dari senarai bursa saham.
Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Gary Neville, mengambil alih dari Roy Keane pada 16 November 2005.
Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.
1998-99 merupakan musim dimana Manchester United telah mencapai kejayaan didalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Olle Gunnar Soljkear. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kerana khidmatnya kepada bola sepak. Skuad semasa
Sehingga 21 Mac 2008, mengikut sumber pada laman rasmi.
No. Posisi Pemain
1 GK
Edwin van der Sar

2 DF
Gary Neville (Kapten)

3 DF
Patrice Evra

4 MF
Owen Hargreaves

5 DF
Rio Ferdinand

6 DF
Wes Brown

7 MF
Cristiano Ronaldo

8 MF
Anderson

9 FW
Dimitiar Berbatov

10 FW
Wayne Rooney

11 MF
Ryan Giggs (Naib kapten)

12 GK
Ben Foster

13 MF
Park Ji-Sung

15 DF
Nemanja Vidić

No. Posisi Pemain
16 MF
Michael Carrick

17 MF
Nani

18 MF
Paul Scholes

19 DF
Gerard Piqué

21 FW
Dong Fangzhuo

22 DF
John O'Shea

24 MF
Darren Fletcher

27 DF
Mikaël Silvestre

29 GK
Tomasz Kuszczak

32 FW
Carlos Tévez

33 MF
Chris Eagles

38 GK
Tom Heaton

47 FW
Danny Welbeck

Untuk keterangan lanjut sila lihat: Manchester United F.C. musim 2007-08.
Untuk pemindahan terkini, lihat List of English football transfers 2007-08