Blog ini adalah tempat untuk berkongsi pengalaman hidup untuk memberi erti kehidupan kepada kita semua..tidak bermaksud untuk mengutuk, memerli, menghina atau sebagainya tetapi adalah untuk memberi kesedaran kepada kita semua..berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..tak kan melayu hilang di dunia..salam///
Thursday, February 26, 2009
oh syahdunye...
Tuesday, February 24, 2009
Paletine Oh PalEstine...
Oh palestin..kenapalah dunia asyik membantu Israel jer?? Dorang nie x leh nk fkir ker yg kekejaman yang dilakukan oleh Israel? Dunia islam kini kembali bergolak dek kerakusan tentera Israel yang kononnya menuntut hak untuk selamatkan diri padahal mereka yang lakukan pengeboman ke atas palestin..kenapa dunia melihat kekejaman ini tanpa ada usaha untuk memberhentikan kejadian dulu dari berlaku lagi..sampai bila palestin nak bermandi darah jer..seperti yang kita tahu, ironi ketika tangis dan darah deras mengalir di gaza, dan para pemimpin arab semua wat bodoh jer takutkan us 2 wtpe?? Kita orang islam sepatutnya membantu orang islam kita..watpe nk tkut ngan Negara barat 2? Kalau lah kita bersatu mesti ekonomi dunia nie kita pegang.. Darah-darah tak berdosa mengalir begitu deras di Bumi Jihad Palestin oleh kebiadaban dan kekejaman Tentera Israel, Darah dan Nyawa saudara seiman kita seakan tidak lagi mempunyai harga, Masih kah kita akan terdiam seribu bahasa melihat kekejaman, kebiadaban, kebengisan teroris Israel di depan mata-kita, Tunjukan rasa simpati anda dengan Doa dan bantuan Harta bila perlu nyawa..sedarlah wahai semua yang dunia tidak akan aman selagi Israel semakin berkuasa umpama dajal…
Rasulullah saw bersabda: "Sesama muslim itu bersaudara. Oleh kerana itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, nescaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi kejelekan seorang muslim Allah akan menutupi kejelekannya pada hari kiamat." (HR.Bukhari dan Muslim)
Renung- renungkanlah…dan selamat beramal.. Dirgahayu Palestin..
Terdetik Hatiku....
Cinta memang satu perasaan yang menakjubkan..ibarat aur dengan tebing yang tidak bisa dipisahkan..dari zaman ke zaman cinta nie dh berlaku..cinta nie lebih tua daripada alam kerana cintalah tuhan menciptakan alam ini kepada kita..memang susah wei nak bercerita pasal cinta..cinta memang susah ditafsir sebab setiap manusia itu mempunyai perangai yang berbeza..memang betul orang cakap yang cinta ini saling melengkapi tapi kalau melengkapi x memahami wtpe kn??
Cinta memang susah ditafsirkan..kalaulah kita nie dah mempunyai cinta sejati kenapa banyak benda yang kita hendak persoalkan? Mana kepercayaan? Kesetiaan? X guna kalau cakap pasal cinta kalau x memahami pasangan anda.. "Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya," demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Cinta sejati memang tidak dapat terungkap dengan kata – kata..kerana ia mempunyai kaitan dengan semua yang menghiasi perbuatan sang pencintanya..kalaulah kamu memahami mesti kamu berfikir tentang cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu tetapi cinta adalah cinta yang menghidupkan penghargaan, menguatkan semangat dalam menempuh dugaan kehidupan…kalaulah kamu mampu mengerti kan bagus…
William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu. Bercinta lah kamu semua dengan perasaan kasih saying dan saling memahami termasuklah aku…yang paling penting sekali dalam cinta bagi aku ialah kamu..yang sayang kamu..fara…harap hubungan kita nie akan berkekalan…keep it phat!
Monday, February 23, 2009
mana Hak KAMI???
korang leh fikir sendiri la brg2 kami nie penting untuk kegunaan harian.. x kan semua bnda nk sumbat dlm blik yg kcik nie?? ape cer kta nak bantu student?? pentingkan pelajar tapi cam sampah rampas brng plak.,janganlah menganiaya kami nie..benda leh setel wat la cara yg bek bkn camnie yg patut krng bwat..mana hak kami?? lu fikir lah sendiri..harap jer usm status apex tp klu mentaliti pihak atasan lg2 exco2 restu yang perasan bagus 2 bek x payah la wei..mencemarkan imej usm jer wei..sedarlah ckit korang 2 x disukai ramai.....nak wat bek bia lah bertempat jangan nak berpuak2 jer!! akhir kata pulangkan balik hak kami...
Van Der Sar TerBaik!!
MUSIM lalu Cristiano Ronaldo menjadi tonggak utama Manchester United membantu pasukan The Red Devils merangkul gelaran Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah tetapi pada musim ini watak hero itu seakan menjadi milik penjaga gawang utama pasukan itu, Edwin van der Sar.
Penjaga gol dari Belanda itu yang memiliki ketinggian 1.97 meter terus mencuri tumpuan musim ini dengan mencatat rekod baru dalam liga di Britain selepas beraksi tanpa bolos sepanjang 13 perlawanan atau 1,212 minit, memadam rekod lama milik penjaga gol, Chris Woods 1,196 minit.
Bekas penjaga gol Juventus dan Fulham itu sekarang ini dalam buruan untuk memecah rekod dunia yang dipegang Abel Resino, 1,275 minit, bermakna dalam perlawanan menentang Fulham Rabu depan dia perlu mengawal gawangnya agar tidak bolos sekurang-kurangnya sehingga minit ke-64.
Van der Sar yang berusia 38 tahun berasal dari Voorhout, Belanda dan memulakan karier seniornya bersama pasukan Ajax Armsterdam dari 1990 hingga 1999, sebelum berhijrah ke Juventus dia membantu Ajax memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada 1995.
Selepas beraksi sebanyak 66 kali di Liga Itali tempatnya selaku penjaga gawang nombor satu Juventus terlepas ke tangan Gianluigi Buffon dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke EPL bersama Fulham pada 2001 hingga 2005.
Bersama Fulham Van der Sar bermain sebanyak 127 kali sebelum dipancing United pada 1 Jun 2005 dengan jumlah perpindahan sebenar tidak dinyatakan, sepanjang beraksi bersama The Red Devils, Sir Alex Ferguson pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Van Der Sar merupakan penjaga terbaik yang pernah dimiliki United selepas Peter Schmeichel.
Bagaimanapun Van Der Sar sebenarnya sudah lali dengan rekod yang dicatatkannya sebelum ini, antaranya dia berjaya memecah rekod sebagai penjaga gol pertama yang bukan dari Itali beraksi untuk Juve, sementara di peringkat antarabangsa pula dia berjaya mencatat rekod sebagai pemain yang paling banyak mewakili pasukan kebangsaan Belanda iaitu 130 kali memadam rekod lama yang dicipta Frank De Boer.
Jika anda masih ingat Van Der Sar merupakan pemain terbaik perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu ketika United bertemu Chelsea dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat pada masa sebenar, Anelka gagal menyepak kemas untuk membolehkan penjaga gol yang memakai jersi nombor satu itu menjulang United bagi kejuaraan kedua selepas EPL.
Ramai juga yang tidak sedar bahawa Van Der Sar merupakan penjaga gol yang hebat menerusi penentuan sepakan penalti, ia pernah dibuktikan sebelum ini dalam kejohanan Euro 1996, Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 apabila Van Der Sar berjaya membantu Belanda menang dalam aksi sepakan penalti.
Berbicara mengenai penjaga gol dalam EPL, sejak kebelakangan ini kita dapat lihat tugas menjaga gawang ini memainkan peranan yang cukup besar untuk membantu pasukan beraksi cemerlang serta muncul juara liga seperti mana yang telah dibuktikan oleh Petr Cech bersama Chelsea.
Namun prestasi Chelsea yang semakin merudum sedikit tidak menggugat kehebatan Cech untuk membuktikan dia antara penjaga gol terbaik di dalam EPL musim ini selepas Van der Sar apabila membantu pasukan The Blues yang hanya bolos sebanyak 15 kali dalam 25 perlawanan.
Penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina pula boleh dikelaskan sebagai penjaga gol ketiga terbaik setakat ini dalam EPL dengan hanya melepaskan 17 gol untuk membantu Liverpool memberi tekanan ke atas United di tangga kedua.
Walaupun berada di tangga ke-10 liga setakat ini, Fulham harus berbangga kerana mereka merupakan pasukan yang keempat paling sedikit bolos hasil kecekapan penjaga gol Australia, Mark Schwarzer serta bersama barisan pertahanan yang mantap.
Kehebatan keempat-empat penjaga gol ini dilihat satu malapetaka buat pasukan kebangsaan England, ini kerana antara lima penjaga gol yang kurang bolos dalam EPL bukanlah berasal dari England.
Di mana kedudukan David James, Paul Robinson, Scott Carson, Chris Kirkland, Robert Green dan Joe Hart bakal pewaris penjaga gol legenda England seperti Gordon Banks dan Peter Shilton.
James misalnya antara penjaga gol England yang paling senior gagal untuk membantu pasukannya, Portsmouth untuk berada dikedudukan yang selesa di dalam liga apabila penyandang juara Piala FA itu berada ditangga ke-16 dengan memboloskan gol sebanyak 41.
Sementara itu, Robinson yang mewakili England sebanyak 41 kali tidak jauh bezanya dengan James apabila gagal untuk membantu Blackburn Rovers keluar dari zon penyingkiran dengan berada ditangga ke-18 liga termasuk bolos sebanyak 41 kali.
Lebih teruk dari itu Carson yang diberi peluang oleh pengurus England, Fabio Capello untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa menentang Switzerland tahun lalu muncul sebagai penjaga gol yang paling banyak bolos selepas 25 perlawanan, setakat ini sahaja dia sudah melepaskan 47 gol dan barisan pertahanan yang lemah bukan boleh menjadi alasan penurunan prestasinya.
Sementara itu Chris Kirkland, Robert Green dan Joe Hart boleh dianggap antara penjaga gol England yang berada dalam prestasi sederhana selepas 25 perlawanan liga walaupun membantu pasukan masing-masing, Wigan Athletic, West Ham United serta Manchester City berada di kelompok 10 terbaik.
Bagaimanapun penjaga gol England perlu berusaha lebih keras untuk menandingi kehebatan Van der Sar musim ini dengan menjadikan contoh tidak semua penjaga gol bertaraf antarabangsa ataupun yang pernah mewakili United dapat mencipta kegemilangan seperti yang dilakukan oleh Van der Sar mahupun Schmeichel.
Selepas Schmeichel mengambil keputusan untuk meninggalkan United pada 1999 sebaik sahaja United memenangi 'treble' juara liga, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah, Ferguson terpaksa mengerut dahi untuk mencari penjaga gol setanding pemain kelahiran Denmark itu.
Malah Ferguson pernah membuat pembelian pelik dengan mendapatkan penjaga gol yang boleh dikategorikan sebagai pelik iaitu Massimo Taibi dan Mark Bosnich tetapi prestasi mereka seperti mana yang sudah dijangkakan oleh peminat bola sepak antarabangsa, dalam masa yang sama penjaga gol Perancis, Fabien Barthez juga yang dibawa masuk Ferguson gagal untuk menyinar.
Raimond van der Gouw yang selama ini banyak menghabiskan masa dibangku simpanan untuk memberi ruang kepada Schmeichel juga gagal mengambil kesempatan di atas ketiadaan penjaga gol legenda United itu, malah gagal untuk bersaing dengan penjaga gol muda pada waktu itu 1999/2000, Roy Caroll serta Paul Rabchuka.
Selain Barthez, Taibi dan Bosnich antara penjaga gol yang gagal untuk menambat hati Ferguson ialah Ricardo, pemain dari Sepanyol itu bagaikan seperti melengkapkan senarai pemain pada musim 2002/2003.
Ferguson juga pernah mendapatkan penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howrd pada musim 2003/2004 tetapi Howard hanya menyinar pada awal musim sahaja dan selepas itu pada tahun 2005 barulah Van der Sar hadir memberi sinar baru buat posisi penjaga gol di United.
betapa pentingnya tong sampah...
kenapa tong sampah dipandang hina?? adoyai...kenapa lah manusia skg nie x pndai nk menghargai tong sampah..kan benda 2 bek untuk kegunaan skng nie..sempena tema u ak skng nie menitik beratkan pasal kelestarian..maka dengan ini ak ingin mengesyorkan kepada anda semua untuk membuang sampah di dalam tong sampah..sayangilah alam sekitar anda ini..kenapa aku beria-ia sebut pasal tong sampah nie padahal ak dulu x pnah pon nk amik kisah pasal benda2 camnie?? nie semua disebabkan asgment ak sem nie..aku kna design tong sampah untk u ak..waaaaaaa abis duit ak nk wat model..siot tol la wei....papepon sayangilah tong sampah anda..hehe..salam sejahtera..jangan biarkan tong sampah dikotori sampah..hehe..x pham?? lu fikir la sendiri...
Sunday, February 22, 2009
Di Mana Sharlinie???
dah lama kita x terdengar pasal adik sharllinie kn? masih lagikah usaha mencari dijalankan? kenapa dh lma benda nie terjadi tapi masih x jumpe lg..dulu masa mula2 hilang bukan men lg banyak pihak yang sanggup ke hadapan bagi janji tah ape2 nk tolong...tp skang?? sampah la semua 2..nie semua pasal sikap...janganlah jadikan isu sharlinie nie sebagai bahan politik..kenalah jaga isu sensitiviti masyarakat..diharap usaha untuk mencari adik sharlinie nie masih dijalankan lg...Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Saturday, February 21, 2009
Glory MancHesTer UniTed
Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia . Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bolasepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kedatangan didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan percubaan mengambil alih oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambil alihan kelab dan mengeluarkan dari senarai bursa saham.
Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Gary Neville, mengambil alih dari Roy Keane pada 16 November 2005.
Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.
1998-99 merupakan musim dimana Manchester United telah mencapai kejayaan didalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Olle Gunnar Soljkear. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kerana khidmatnya kepada bola sepak. Skuad semasa
Sehingga 21 Mac 2008, mengikut sumber pada laman rasmi.
No. Posisi Pemain
1 GK
Edwin van der Sar
2 DF
Gary Neville (Kapten)
3 DF
Patrice Evra
4 MF
Owen Hargreaves
5 DF
Rio Ferdinand
6 DF
Wes Brown
7 MF
Cristiano Ronaldo
8 MF
Anderson
9 FW
Dimitiar Berbatov
10 FW
Wayne Rooney
11 MF
Ryan Giggs (Naib kapten)
12 GK
Ben Foster
13 MF
Park Ji-Sung
15 DF
Nemanja Vidić
No. Posisi Pemain
16 MF
Michael Carrick
17 MF
Nani
18 MF
Paul Scholes
19 DF
Gerard Piqué
21 FW
Dong Fangzhuo
22 DF
John O'Shea
24 MF
Darren Fletcher
27 DF
Mikaël Silvestre
29 GK
Tomasz Kuszczak
32 FW
Carlos Tévez
33 MF
Chris Eagles
38 GK
Tom Heaton
47 FW
Danny Welbeck
Untuk keterangan lanjut sila lihat: Manchester United F.C. musim 2007-08.
Untuk pemindahan terkini, lihat List of English football transfers 2007-08
selangor vs kuala lumpur fa cup
Perlawanan yang sepatutnya bermula 8.45 malam terpaksa dilewatkan hampir sejam ekoran padang di stadium berkenaan dipenuhi air akibat hujan lebat yang turun sejak petang.
Sebaik Subkhidin Salleh meniupkan wisel permulaan pada pukul 9.40 malam, Selangor mula mengatur gerakan menerusi gandingan ketua pasukan, Amri Yahyah dan Hardi Jaafar di tengah sambil jentera serangan dikemudi Safee Sali dan Rudie Ramli.
Rudie mendapat peluang satu lawan satu pada separuh masa pertama tetapi sepakannya terus ke dakapan penjaga gol Kuala Lumpur, Saiful Amar Sudar.
Babak kedua bersambung, Selangor terus mengasak dan memperolehi beberapa peluang terbaik menerusi barisan hadapannya tetapi digagalkan sama ada kehebatan Saiful Amar serta ketumpulan penyudah Safee dan Rudie.
Ketika permainan menuju ke wisel penamat, Selangor akhirnya memperolehi gol tunggal menerusi jaringan sendiri kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin.
Bermula daripada percubaan Amri yang terkena palang, Azidan yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya telah tersepak ke dalam pintu golnya sendiri tanpa sempat diselamatkan Saiful Amar.
Dengan kemenangan tipis itu, Selangor perlu berhati-hati apabila menanti kunjungan Kuala Lumpur pada perlawanan kedua di Stadium Shah Alam Selasa ini.
Andai berjaya menyingkirkan Kuala Lumpur, Selangor bakal bertemu sama ada Kuala Muda Naza atau Perak pada saingan suku akhir awal bulan depan.
SELANGOR
21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirul Hadi Zainal (23-R.Surendren), 14-Hardi Jaafar (24-Fitri Shazwan Raduwan), 17-Amri Yahyah (c), 28-C.Premnath, 9-Rudie Ramli (25-Fazilidin Khalid), 10-Safee Sali.
Monday, February 16, 2009
Kami The Movie
Sunday, February 15, 2009
Apa Itu PekiDa??
Assalamualaikum saudaraku semua..maaf terlebih dahulu yang ingin aku sampaikan…kali ini aku ingin mengupas mengenai Pekida Malaysia yang merupakan satu pertubuhan NGO yang membantu orang islam mahupun melayu yang mempunyai dakwahnya yang tersendiri. Aku menulis ini bukannya untuk mengutuk,menghina atau menyalahkan sesiapa tetapi mencari jawapan yang sebenarnya bagi member aku jalan untuk mengenal erti kehidupan. Sedarlah wahai adik beradikku, selagi ada pihak yang yakin dengan pertubuhan ini, sebelum semua pihak mencemuh dan mengutuk,renung- renungkanlah yang baik itu sebenarnya dating daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk itu dating daripada diri kita sendiri.
Wahai sahabatku yang berbangsa Melayu!! Kenapa kamu semua ini mencabar sesame kamu sendiri?? Dan tiada siapa yang kuat di bumi ALLAH S.W.T ini selain daripada-NYA..sedarlah asal usul kamu dan perjuangan kamu dan perjuangan kamu ini adalah agama, bangsa dan Negara. Jika merujuk kepada pertubuhan pekida ini telah banyak cabangnya iaitu 30,36,363,77,24,707 dan ini adalah perosak kepada perjuangan pekida yang sebenarnya..sahabatku, bangsa lain sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menghancurkan bangsa kita!! Jangan lah kamu bergaduh sesame sendiri sedangkan bangsa lain bertepuk tangan melihat kita bermusuh sesame sendiri..nahtijah dalam perjuangan pekida hanya satu iaitu membela nasib orang melayu..sematkan di dalam hati kamu semua bahawa tanah melayu adalah hak untuk orang melayu..tiada siapa yang mampu menghalangnya..
Tanggapan samseng dalam pekida sebenarnya adalah ‘ picisan ‘ di dalam pekida yang suci perjuangannya, janganlah kamu mencemarkan nama baik pekida dan terus menghukum pekida secara rawak..kita harus berpijak di bumi yang nyata, orang melayu hari ini perlu kepada asuhan dan bimbingan yang mendorong mereka mengukuhkan iman dan islam mendepani cabaran yang pastinya menggugat aqidah, akhlak, dan pemikiran mereka. Kalau dilihat dari slogan yang didokong oleh pekida ( amar makruf nahi mungkar ) ianya merupakan satu pergerakan yang memberi impak kepada orang melayu dan islam itu sendiri. Namun sejak akhir2 ini banyak cerita yang kurang enak di dengar mengenai pekida ini..hal ini kerana ahli pekida itu sendiri sudah melanggar etika perjuangan mereka sendiri. Mereka kini ke arah gangsterisme seperti Tarik kereta, berebut kawasan untuk mengutip wang perlindungan dan mencari seberapa ramai ahli baru untuk di ‘Baiah’. Saya menyokong dengan apa yang berlaku sekarang ini iaitu proses pemutihan kepada ahlinya. Di harap PLG mampu mendokong semua tanggungjawab untuk menangani masalah ini..himpukan kesemua ayahanda di seluruh Malaysia ini supaya ‘BERSATU’ iaitu mengingati perjuangan orang melayu dahulu..
Percayalah wahai adik beradikku…
Maruah Melayu Akan Dipelihara,
Kesucian islam akan dijunjung,
Ketuanan Melayu Tetap Akan Dikekalkan,
Persaudaraan Islam Akan Dijasadkan,
Kekuatan Ummah Semakin Kuat Dimindakan….
Kepada semua adik beradik semua “ simpang 3 “ kotakanlah ‘ baiah ‘ kita..
Wallahi…
Wabillahi…
Watallahi…
( gunakanlah mata hati untuk menilai apa yang sahabatmu ini tulis bukan dengan mata amarah
Kamu itu )
SALAM KEPADA KAMU SEMUA///
perjuangan bangsa
Buat pertama kalinya hati ini terdetik untuk bersuara tentang Tanah Melayu dulu dan kini. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana membaca apa yang aku tulis ini. Apa yang aku tulis ni adalah suara hati yang bukannya bermaksud untuk menghasut sesiapa mahupun mengutuk sesiapa. Hanya untuk memberi pedoman kepada kita bersama.
Dalam memori aku sebenarnya tiada dahulu tanah melayu sekarang Malaysia. Bagi aku tanah melayu adalah tanah melayu dulu, kini, dan selamanya. Teringat aku dula bagaimana orang dulu memperjuangkan tanahair kita tapi sekarang dalam diam kita ditindas di tanahair sendiri. Ingatt wahai saudaraku!! Ini tanah Melayu adalah hak orang melayu, tanah melayu ini tanah airku, jatuh bangun aku adalah di tanah melayu! Kami akan pertahankan hingga ketitisan darah terakhir. Ingatlah!! Orang melayu masih lagi kuat bersabar dengan apa yang berlaku sekarang ini. Kalau syeikh makrifat kami memuncak dan hijab kami terbuka jangan salahkan kami, bangsa kamulah puncanya yang semakin mengganggu ketenteraman keamanan tanah air kami!!
Apa kejadahnya dengan bentuk asimilasi dan intergrasi yang dimahukan untuk perjuangan bangsa Malaysia?? Tidak sedarkah kamu semua ini adalah permainan politik yang berlatarbelakangkan perkauman yang kuat sandiwaranya!! Jangan kamu orang melayu menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri!! Bersatulah kamu untuk pertahankan tanah melayu ini! Kita harus sedar yang hak orang melayu harus dikekalkan dan tiada sesiapa yang mampu mempertikaikannya termasuk kamu!!!
Demi masa depan tanahair, demi anak bangsa, kita harus ada wadah perjuangan yang sebenarnya untuk menegakkan Orang Melayu.
Orang Melayu Pahlawan terbilang,
Adatnya berbudi diakan Berbahasa,
Sopan dan santun berbudaya gemilang,
Cemerlang dalam perjuangan Bangsa.