Sunday, February 15, 2009

perjuangan bangsa

Buat pertama kalinya hati ini terdetik untuk bersuara tentang Tanah Melayu dulu dan kini. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana membaca apa yang aku tulis ini. Apa yang aku tulis ni adalah suara hati yang bukannya bermaksud untuk menghasut sesiapa mahupun mengutuk sesiapa. Hanya untuk memberi pedoman kepada kita bersama.

Dalam memori aku sebenarnya tiada dahulu tanah melayu sekarang Malaysia. Bagi aku tanah melayu adalah tanah melayu dulu, kini, dan selamanya. Teringat aku dula bagaimana orang dulu memperjuangkan tanahair kita tapi sekarang dalam diam kita ditindas di tanahair sendiri. Ingatt wahai saudaraku!! Ini tanah Melayu adalah hak orang melayu, tanah melayu ini tanah airku, jatuh bangun aku adalah di tanah melayu! Kami akan pertahankan hingga ketitisan darah terakhir. Ingatlah!! Orang melayu masih lagi kuat bersabar dengan apa yang berlaku sekarang ini. Kalau syeikh makrifat kami memuncak dan hijab kami terbuka jangan salahkan kami, bangsa kamulah puncanya yang semakin mengganggu ketenteraman keamanan tanah air kami!!

Apa kejadahnya dengan bentuk asimilasi dan intergrasi yang dimahukan untuk perjuangan bangsa Malaysia?? Tidak sedarkah kamu semua ini adalah permainan politik yang berlatarbelakangkan perkauman yang kuat sandiwaranya!! Jangan kamu orang melayu menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri!! Bersatulah kamu untuk pertahankan tanah melayu ini! Kita harus sedar yang hak orang melayu harus dikekalkan dan tiada sesiapa yang mampu mempertikaikannya termasuk kamu!!!

Demi masa depan tanahair, demi anak bangsa, kita harus ada wadah perjuangan yang sebenarnya untuk menegakkan Orang Melayu.

Orang Melayu Pahlawan terbilang,

Adatnya berbudi diakan Berbahasa,

Sopan dan santun berbudaya gemilang,

Cemerlang dalam perjuangan Bangsa.

No comments:

Post a Comment