Saturday, February 21, 2009

selangor vs kuala lumpur fa cup

SELANGOR sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Kuala Lumpur pada aksi di tempat lawan bagi perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Perlawanan yang sepatutnya bermula 8.45 malam terpaksa dilewatkan hampir sejam ekoran padang di stadium berkenaan dipenuhi air akibat hujan lebat yang turun sejak petang.

Sebaik Subkhidin Salleh meniupkan wisel permulaan pada pukul 9.40 malam, Selangor mula mengatur gerakan menerusi gandingan ketua pasukan, Amri Yahyah dan Hardi Jaafar di tengah sambil jentera serangan dikemudi Safee Sali dan Rudie Ramli.

Rudie mendapat peluang satu lawan satu pada separuh masa pertama tetapi sepakannya terus ke dakapan penjaga gol Kuala Lumpur, Saiful Amar Sudar.

Babak kedua bersambung, Selangor terus mengasak dan memperolehi beberapa peluang terbaik menerusi barisan hadapannya tetapi digagalkan sama ada kehebatan Saiful Amar serta ketumpulan penyudah Safee dan Rudie.

Ketika permainan menuju ke wisel penamat, Selangor akhirnya memperolehi gol tunggal menerusi jaringan sendiri kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin.

Bermula daripada percubaan Amri yang terkena palang, Azidan yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya telah tersepak ke dalam pintu golnya sendiri tanpa sempat diselamatkan Saiful Amar.

Dengan kemenangan tipis itu, Selangor perlu berhati-hati apabila menanti kunjungan Kuala Lumpur pada perlawanan kedua di Stadium Shah Alam Selasa ini.

Andai berjaya menyingkirkan Kuala Lumpur, Selangor bakal bertemu sama ada Kuala Muda Naza atau Perak pada saingan suku akhir awal bulan depan.

SELANGOR

21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirul Hadi Zainal (23-R.Surendren), 14-Hardi Jaafar (24-Fitri Shazwan Raduwan), 17-Amri Yahyah (c), 28-C.Premnath, 9-Rudie Ramli (25-Fazilidin Khalid), 10-Safee Sali.

No comments:

Post a Comment